Wednesday, August 11

Boom! Start!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, telah berlalu hari pertama dalam bulan Ramadhan. Suasana sekeliling pun dah berubah sikit. Rakan-rakan banyak bertadarus dari berbual, banyak senyum dari muram, banyak berjalan dari makan. Haha, mestilah kan.
Semoga ibadah yang kita jalankan dalam Ramadhan kali ini berterusan setelah Ramadhan berlalu pergi. InsyaAllah.

********

Sebenarnya nak cerita. Cerita indah zaman kanak-kanak dulu. Dulu masa 3/4/5 tahun, ibu abah berniaga kat bazaar kat Desa Pandan. Bazaar dulu best, indah, jumlah manusia boleh diterima. Ibu abah jual ayam percik, sedaaaaaaaaaaap. Betul!

Kitorang 5 adik beradik ikut pergi bazaar. Tolong apa yang patut. Ceh, rasanya Balep ngan Bajie je kot yang tolong, saya tak ingat pun menolong apa-apa, main je. Masa tu kan muda, comel, baik, manja, mengada, haha melalut jadi tak puasa lah, hehe. Jadi bila dahaga, ajak abah pergi beli air.

Ni best. Satu hari tu pergi beli air dengan abah. Lepas tu malu nak minum depan orang. Jadi kat mana lagi nak minum? Minumlah bawah meja yang digunakan untuk berniaga tu, kan ada alas meja, jadi terlindunglah. Lepas tu, lari masuk van yang betul betul belakang kawasan kami. Haha, memang ingat betul lagi sampai hari ni apa yang berlaku. Ahhhh, seronok!

Oh, waktu awal-awal Ramadhan, ibu abah je yang jual ayam percik, pastu ramai lah orang beli sebab sedap, haha! Tiba-tiba, ramai pulak orang yang jual ayam percik. Tapi, alhamdulillah, orang still beli kat ibu abah (:

*********

Lagi satu tempat, ibu abah berniaga kat Lorong Tunku Abdul Rahman, jual kurma! (: Kat situ pon seronok, sebab jiran-jiran peniaga baik. Pakcik sebelah tu jual songkok. Ramai orang beli kat dia, songkok dia sedap kot, maksudnya sedap dipakai bukan dikunyah -___- Pakcik tu pon baik. Dia every year jual kat situ.

Cerita hebatnya yang ini, ada satu hari tu, saya tak ingat macamana boleh berlaku, saya berjalan-jalan dari gerai kami lepas tu jalan je lah tanpa sedar apa. Tiba-tiba sedar ada kat Masjid India yang terletak jauuuuh dari gerai. Ada someone tu kenal saya, so dia bawa saya balik pergi gerai. Jadi selamat.

Haha, sorry cerita yang ni tak berapa ingat, sebab masa berlaku tu macam tak sedar apa yang berlaku. Sedar-sedar dah jauh. Tapi betul lah saya jalan sampai Masjid India :D



Berniaga kat bazaar seronok. Betul. Letih tu tak payah kata, MEMANG letih. Tapi masih seronok.
Apa-apa pun, yang penting, Ramadhan bukanlah semata-mata untuk mencari nafkah untuk menyara keluarga, tapi apa yang penting? Kerjasama~ Usaha kita dalam memenuhi bulan ini dengan ibadah-ibadah yang sepatutnya dan membentuk diri sebagai insan yang lebih baik menjelang Syawal. InsyaAllah.


p/s: rindu tarawih kat masjid rumah lama,
ada air-cond :D bacaan imam merdu,
suasana meriah, dari awal - hujung.
tazkirah ustaz kazim paling best!

7 comments:

Norashikin Tajuddin said...

haha..cg pun penah ade pengalaman berniaga di bulan pose kat kampung dulu..best2..

dan juga pernah hilang tp bukan di bulan pose..tym uh kecik lagi..nanges cam ape..jumpe mak trus kene marah..wawaaaaaaaaaaaaa

nnt kite jumpe di iktikaf taw..nt ajak ramai2..

nur mat zahari said...

wah. kat kampung lagi meriah!

alaaa, mesti comel cikgu kena marah :D ana pun pernah hilang, kat care4 masa 5 tahun. hahaha.

insyaAllah. ana akan cuba. kita merancang, Allah yang menetapkan,
tapi ana akan cuba! :)

Norashikin Tajuddin said...

ok cun

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

best ye cite nt
mcm banyak pengalaman.
hehe

semoga thn ni lebih baik, insyaAllah!

nur mat zahari said...

cikgu ; memang cun pon ;)

huda ; bolehlah. and insyaAllah :)

syifa' kamarudin said...

okey ana nak ayam percik satu.... hahaha ;)

nur mat zahari said...

eh eh, dah pencen la :D