Wednesday, August 25

back to back

.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, minggu lepas, hari jumaat join usrah mereka yang bergelar NC di bawah didikan cikgu Arasy ber-iftar di rumah anak yatim. Hari sabtu pula, join i'tikaf batch.

TUMPANG IFTAR

GGBS :)

Wajah penat menanti putera idaman? Haha.

Sebelum pergi iftar di rumah anak yatim, buat pertama kali pergi rumah Anis. Siap-siapkan makanan. Seronok, ramai-ramai buat kerja, kecoh. Kelam kabut juga mula-mula, tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Masa kat sana, ada buat perpecahan ikut kumpulan. Saya yang tak bersedia apa-apa ikut saja Wardah ke mana, tiba-tiba Tipah kata tak boleh bersama. Saya akur bergerak ke kumpulan perempuan lingkungan umur 14-15 tahun.

Minit-minit awal, memang cuba susun ayat sebaiknya sebab kepala memang dah set biar Wardah mengetuai perkongsian :D Haha. Awal-awal agak kaku, tapi lepas tu dah jadi rancak. Kami kongsi apa-apa yang boleh dikongsi, mereka dengan azam Ramadhan mereka. Saya dengan nasihat daripada seorang kakak (:

Seorang dari kumpulan saya, Siti Rohani. Pada mulanya dia senyap, tapi makin lama makin banyak soalan ditanya. Kami exchange nombor telefon. Semangat dia, setiap hari ada je soalan dia tanya. Saya cuba untuk beri jawapan terbaik.

Pengalaman itu menarik, terima kasih ahli usrah cikgu Arasy dan cikgu Arasy juga kerana beri peluang yang mahal ni :D


Wawa, Nome, Atey, Rohani, Amirah, Nabila, Fatin

******

I'TIKAF BATCH

Tentatif bincang dengan Faqihah hari Khamis waktu tadarus. Hehe. Dapatlah juga drafnya. Bincang sini sana situ sini, dapatlah wujudnya satu tentatif.

Bermula selepas kelas Chemistry bersama Amirah. Jumlah kehadiran awal boleh diterima. Setelah beg dimampatkan ke dalam kereta Cikgu Shikin, kami berjalan kaki berjamaie menuju ke masjid UIA melalui pintu belakang. Apakan daya, mata ni bukan mata Clark Kent, kami tidak tahu pagar belakang tutup.

Tanpa membuang masa merintih kesedihan, kami terus mengorak langkah mengikut jalan yang lebih jauh.

Faqihah and Nadiah masih mampu tersenyum

??? ramadhan kak! jangan bergaduh :P

Hehe, sebenarnya tumpang kereta kak Najlaa, tapi kami berjalanlah juga kan?

adorable habis ;D

Sepanjang i'tikaf, alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Masalah yang wujud dapat dihapuskan dengan pantas. Kecuali masalah bilik bawah, hmm, itu ujian dari Allah. Melainkan masalah kunci itu, bilik sungguh selesa, tidur pun selesa. Haha, faham-fahamlah kalau tidur selesa apa jadi. Ngeh ngeh.

Selepas subuh dan ma'thurat hari Ahad, buat sesi tazkirah special. Saya suka. Walaupun saya nak cakap lebih tapi disebabkan nervous tak tentu pasal macam apa, dipendekkan saja cerita. Gaaaaa.


Oh, kami juga sambung belajar di masjid UIA. Belajar BAT bersama Huda. Seronok, faham!


Lepas perkongsian. Zafi nampak macam baby ;)


Iftar

4 comments:

syifa' kamarudin said...

saya suka iktikaf.

tp pasal kunci bilik tu... aaaaaaaa!!!! rse nak mjerit. hahahaha

xpe2. ujian Allah ;)

Anonymous said...

mggu ni jom iktikaf lagi..nak cover iktikaf yg yg lps..haha..

ateyyyy said...

syi ; ana pun suka. hehe,

musibah bilik tu, sambil-sambil menghadapi musibah kita mengeratkan lagi ukhuwah kongsi bilik atas ramai2, kongsi stokin untuk solat semua-semua :)


cikgu ; jom! :D

Anonymous said...

eh , ade gmbr kuu :)