Saturday, August 7

Insomnia, again.

.assamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda sihat? Alhamdulillah, jangan lupa untuk bersyukur padaNya, kerna nikmat kesihatan adalah antara nikmat yang sering kita lupa.

Ada dua benda nak cerita, 1 ; Tamrin 2 ; Mengantuk

Tamrin? Awal tahun dapat tahu, ada perpecahan mengikut MT. MT tu apa pun taktahu la. Mula-mula, perasaan berbaur, tapi masih boleh diterima. Satu hari tu, kami dapat tahu Tamrin akan dijalankan mengikut MT.Masa tu, memang hati kecil ni memberontak habis. Dahlah tahun akhir, tak dapat pergi tamrin dengan most of kawan-kawan F5 lain )=

Sabtu lepas, Tamrin. Awal-awal, dah nama pun memberontak, mestilah tak mahu pergi, dahlah campur dengan junior, itu yang melemahkan, pada mulanya. Kawan-kawan F5 pon ramai yang ada halangan tak boleh nak pergi. Berat, berat, berat untuk saya pergi.

Lepas dah fikir balik menggunakan otak bukan emosi, terasa nak pergi. Jadi decide untuk pergi. Tiba-tiba ada satu kejadian hari Khamis buat rasa berat habis nak pergi. Malam tu, cerita kat ibu dari A ke Z, lepaslah sikit tekanan. Pastu finally decide, pergi. Buat suspens je, ahaks.

Apa yang saya dapat sepanjang Tamrin? Banyak. Kebanyakan pengisian yang disampaikan memang tepat terkena saya, lagi-lagi bab jaga pandangan, haha takadelah, gurau. Tapi sekarang, saya sedang cuba untuk mengubah ke arah yang lebih baik. Sikit demi sikit. Saya akan cuba untuk konsisten, insyaAllah.

Bila fikir balik, alhamdulillah, Allah bagi aku kesempatan untuk berfikir menggunakan otak sebab kalau ikut emosi, memang tak ingin fikir pon pasal Tamrin tu. Dan pasal junior, mereka okay. Walaupun tahap kematangan memang JELAS berbeda, lagi-lagi bila program ni untuk banat sahaja, semua perangai sebenar dipaparkan. Tapi, mereka okay.

Team saya (Izyan,Amani,Ain,Afiqah,Fatimah,Rara,AmirahAR) lawak, masing-masing punya perangai memang unexpected, dapat saya kenal mereka, saya suka. Haha, serius sakit perut masa main game tali rafia tu -______- Mereka excited habis, biarlah asalkan bahagia.

Dan akhirnya yang penting, aku dapat apa yang aku perlu (:

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu..." (2:216)

++++++++

Mengantuk? Hmm, sekarang tepat pukul 1.25 a.m. tapi mata saya terbuka luas, sebab, tadi siang tidur lepas makan ubat selsema, ubat sakit tekak.

Jadi untuk luang masa bersendirian, baca Solusi. Banyak tajuk berkaitan doa. Iyelah, dah di cover pun pasal doa. Haha. Hari tu time usrah pon, cikgu Hasnah ada sentuh pasal doa. Ambil pengajaran (:

Hari Selasa. tiba-tiba rasa downnnnnnn macam ape. Semangat habis semua hilang.
Net force = 0. Tengok orang pon tak rasa ape, rasa orang tu macam patung yang berdiri kat kedai baju.

Alhamdulilllah, lepas solat, hati rasa lebih tenang. Dapat rasa perbezaannya.

Haha, ironic habis, tengah dengar 'Barakallah'. Bila dah malam-malam seorang diri je berjaga, Maher Zain lah peneman setia. Haish, ayat tu, kalaulah bukan sebuah ayat sastera, gembiraaaa. Dah, berangan tak habis. Haha.

"Raise your hand, and make do'a, like the prophet taught us"





p/s: tak pulangkan lagi tudung syi,
haha, nak simpan lama-lamalah,
terkena sikit semangat kerajinan syi :D

7 comments:

Norashikin Tajuddin said...

cg ske org mengejar ilmu dunia dan akhirat..selagi ada peluang g prog2 mcm nih..pergi la..cari byk2 input tuk diri sendri dan tuk kwn2 dan sekaligus berdakwah..

sbb bile nt da kluar skola..percayala nt akan merindui prog2 mcm nih dan susa da nk jumpa kalau kita x cari..

kalau boleh jgn basekan hidup dgn batch sendri je..bagus kalau dpt bercampur..cg pun baek dgn byk batch..hehe mcm hepi..siyes..

nur mat zahari said...

insyaAllah, akan ana libatkan diri dengan lebih banyak program. ana masih mencari dan mencari ilmu.

ana percaya cikgu ):

betul betul, ana sokong. cikgu memang hepi kan? hehe.

nur mat zahari said...

anyway, tq cikgu. lama tak bersua :P haha.

syifa' kamarudin said...

ehemmm! ni nak marah ni!!!

tudung ana maneeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee?!!!!

haha ;p

poyolah awak konon dpt smangat 'krajinan' ana haha

nur mat zahari said...

syi, sebenarnya isnin tu ana dah siap pack nak bawak. lepas tu tertinggal.

pastu terlupa terus. sorrrrry ;P

betul apa. haha.

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

:)

nur mat zahari said...

huda ? hehe.

:))