Friday, March 5

Rainbow-ism

Assalamualaikum.

Cerpen sahaja hari ini. Oh, saya masih menulis dalam bahasa melayu.

++++++++

Satu hari itu, kami sekeluarga pergi ke Carrefour. Tak ingat untuk beli apa tapi adalah tujuan kami pergi ke sana. Seperti biasa, setiap kali lalu tepi kedai jam RM9.90 , saya akan minta ibu belikan jam. Biasalah perempuan, comel sikit, nak. Setiap kali minta, ibu jalan straight.

Tetapi, jeng jung jang, malam itu, bila minta, ibu kata, gunalah duit sendiri dulu. Jadi, saya pon pilih pilih pilih pilih dan pilih. Lama juga, haha, nak buat macam mana, ikut ibu juga, kalau nak beli barang memang berjam-jam.

Pilhan akhir, antara jam warna ungu atau merah jambu Kalau nak ikutkan hati, semestinya ungu menguasai diri. TAPI, saya suka beli benda macam-macam warna, walaupun warna itu saya tidak berapa suka, saja suka suka. (oh kecuali kuning, memang tak suka habis.)

Jadi malam itu, saya putuskan untuk beli yang merah jambu. Yakini merah jambu dengan vanish power O 2.

Ibu seperti biasa, memang anti warna merah jambu. Awal-awal dapat kritik, kenapalah perempuan sangat? Padahal saya baru ada satu benda warna merah jambu, dah jadi perempuan sangat. Hebat sungguh kuasa merah jambu. Akur saja. Saya memang saja-saja beli, lagi-lagi warna merah jambu. Nak tengok pandangan orang terhadap saya dan pink.

Pergi sekolah, benda pertama orang nampak, JAM BARU! Seronok juga mencapub. HAHA.Tak adalah :P Kawan kawan setingkatan banyak juga yang mengomen. Ada yang cakap comel, lawa. Ada yang cakap tak sesuai.

Okayla lagi tingkatan 5 yang komen, mereka kenal saya macam mana. Yang hebatnya, junior pun ramai tegor saya pasal jam saya, tak tipu, memang ramai. Ahaks. Tak tahan. Jumpa, bagi salam, kak athirah, jam pink, comel. Kak atey, lawa jam. Kak atey, jam baru.

HAHA. Serius, saya tak sangka dengan memakai jam pink, hidup saya boleh berubah. Hahahahaha ayaaaaat~

Konklusinya disini, saya ada jam baru dan ia berwarna merah jambu. Jangan marah, jangan cemburu :D Saya tidak benci merah jambu tetapi itu tidak bermakna saya suka, saya tidak kisah. Asal hidup gembira dan tidak buat dosa. Buat apa nak cipta perasaan benci di hati disebabkan warna? HAHAHA ;)




P/s: Memang post yang tiada tujuan,
cuma mahu kongsi kehidupan
setelah memakai jam merah jambu.
AWWWW~

4 comments:

Anonymous said...

ayat BM nt mmg best

ateyyyy said...

anak didik cikgu sabaria :D

Anonymous said...

sebut sekali yg tym sek ren..kalu leh dari darjah 1 smpi tgkn 5..ngee

syifa' kamarudin said...

agaknye orang nak puji jam je jd jgn prasan yee...

cehh huhu :)