Saturday, January 16

First Impressions

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hmm. Bila dah dapat idea untuk menulis, mencurah-curah pula. Saya ingat nak save untuk esok, tapi esok saya tiada di rumah, melawat adik tercinta yang telah masuk asrama. Jadi, gunakanlah masa yang ada sebaiknya.

*****
Saya secara rasminya menjadi murid SMIAAG semasa saya berumur tiga tahun? Haha. 14 tahun, tingkatan 2. Ramai sangat muka-muka baru. Muka garang, muka sweet, muka sangat pandai, muka macam penah lihat, muka orang putih? haha. Muka orang tua pon ada ;)

Alhamdulillah, kelas saya, memang kawan-kawan yang saya boleh ngam lah juga. Jadi, dapatlah rapat senang sikit. Eh iya ke? Iya kot. Ada beberapa murid dari kelas lain yang saya rasa takut untuk even tengok muka dia. Dahsyat kan? Alhamdulillah, akhir tahun 2007, ramai yang saya sudah okay, boleh berbual dan bergurau senda. Dan ramai yang belum kamceng lagi.

Tingkatan 3, kelas yang sama, makin erat hubungan. Iyalah, dengan PUI nya, scott's emulsion nya. Alhamdulillah. Oh, posisi saya semasa PUI memang the best. Hehe. Akhir tahun 2008, makin bertambah kawan yang boleh saya bergurau senda. Tapi masih ada yang saya rasa takut untuk berbicara dengan nya.

Akhir tahun 2009, alhamdulillah saya boleh cakap dengan semua orang tanpa rasa takut dah. Hehe. Selesa saja. Memang susah kan untuk bina ukhuwah yang indah dan mantop. Dari muka garang, muka nak marah, muka sweet, muka salty apa semua, semua jadi muka yang saya kenal. Sekurang-kurangnya, saya tahu suara dan gaya dia bercakap ;)


First impression memang hebat kan? Bak kata saya kepada cikgu shikin, saya suka buat muka serius dan garang depan junior, ada lah juga junior yang cakap sendiri kat saya macam itu, mungkin kerna itu, saya tak glamour. HAHA. Kem murobbi tahun lepas, semua kena tulis first impression terhadap orang itu, saya punya, serius, garang, tak peramah. Tapi ada juga yang peramah, comel, baik :)

Apa-apa pun, first impression mainkan peranan juga sedikit sebanyak terhadap hubungan kita dengan seseorang itu. Bukan? Oh dan yang penting, saya garang. Haha, tak habis-habis :D Dan alhamdulillah, saya mempunyai rakan seangkatan yang sangat baik, senget sini sikit sana sikit, lurus pon ada, masammanismasin semua ada, cukup perasanya :)



p/s: siapa tahu, orang yang saya takut tu? haha.

7 comments:

khairiyah said...

haha atey.

huda kot?

kuang3

syifa' kamarudin said...

eh. kkk ana pnye akaun plak. hahahah

ana tls tuh

kuang3

Rosbee said...

haha ana pun rasa macam huda, sorry huda :D hahaha

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

haha
amboi2...

bhot kot?? ahaks3..

Rosbee said...

hahaha ana eh atey? hua hua

athirah zahari said...

jawapan die adalah.. jeng3..
hahaha. huda eh? kenape huda? haha. bhot eh? kenapa bhot? ;p

sebenarnye...... haha. biarlah rahsia~~

Norashikin Tajuddin said...

eleh takut cg shikin la uh tym cg f2 kat al-amin..skrg da x takut kan..x kenal maka x kenal la