Saturday, January 16

Big words

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Minta maaf atas kesunyian blog saya setelah sekian lama dibiarkan tanpa post baru, hanya wajah yang bertukar 2-3 kali. Saya sedang mengalami penyakit yang agak pelik. Setiap kali tercetusnya idea bernas untuk post baru, apabila saya mula sahaja menulis, pap! hilang semua idea, bagaikan terbang ditiup angin. Dah dalam 5-6 kali lah juga macam tu.

*******
Tadi, tengok kalendar, dah 16 Januari 2010. Terfikir pasal tahun lepas, tahun banyak sungguh kerja. Walaupun saya tak banyak pun kerja, tapi kawan-kawan seangkatan semua banyak kerja. Dah nama pun form4 kan.

Rupa-rupanya, sudah lebih sebulan kami tinggalkan Kampung Tasek Gelugor, bendang yang hijau sungguh menenangkan, lembu-lembu abah yang suka tengok saya, Nadiah dan Amirah macam orang jahat, single bed yang menjadi rebutan saya dan Amirah dan adik-beradik yang okaylah.

.WAFA WAFA WAFA.

Dari hari pertama saya dilantik sebagai TP, ya Allah, tuhan saja yang tahu, betapa berdebarnya hati ini yang bergoncang dengan skala richter 6.4 tapi muka saya, of courselah kena control kan. Sepanjang tahun itu, memang banyaklah tohmahan, kritikan dan komen untuk saya. Mula-mula tu, memang taknak terima, melenting kat blog, jadi isu la juga, tapi lama-lama, jadikan diri lebih terbuka, terima sebagai satu nasihat. Alhamdulillah.

Sampailah tinggal seminggu sebelum hari kejadian, tidur pun tak lena fikir pasal wafa. Tapi makan kenyang dan mandi pun basah ye :D Dan, sepanjang berada di sana, alhamdulillah, program berjalan lancar, walaupun ada sikit sebanyak masalah, biasalah itu. Kalau tak ada, nanti jadi tawar la pulak kan. Apa-apa pun kekurangan, ana bersyukur sangat WAFA dapat berjalan dengan lancar dan akan adanya WAFA 2010, insyaAllah.

Saya sangat sangat berterima-kasih kepada mereka ini:
Kaiyisah - Farhanah
Saidatul Syazana - Aisyah
Qhairun - Hazwani
Nabihah - Fatin
Khairiah - Anis Farhanah
Siti Amirah - Zulaikha
Syifa' - Sarah Hanisah
Khalilah Alhuda -Wardah Soberi - Nur Diyana - Cikgu Shikin
terima kasih atas nasihat spesial. mungkin apa yang tersirat dalam post blog, tazkirah, teguran pon ana da anggap nasihat :) so kalau ada nasihat secara xsedar pon, thanks.
Pengarah Wafa
semua ajk banin
semua banat form4 2009
dan banin(?) haha.
dan cikgu Sakinah

Terima kasih sekali lagi kerana telah beri saya satu peluang yang sangat besar maknyanya.
Wafa was a really priceless experience. Alhamdulillah.


p/s: tadi huda pilih saya jadi commander, haha. jadi garang sekejap.
tapi serius nak tergelak tengok muka semua orang yang berubah dalam masa sesaat.
berbakat juga saya jadi orang yang garang ye.
HEBAT.

11 comments:

Norashikin Tajuddin said...

SESI MOTIVASI - ANDA MMG HEBAT..X KENAL MAKA X KENAL LA..HEHE..

sama2..nape x tggu lagi setahun bru say TQ kt sume2..hahaha

athirah zahari said...

saya hebat yeah! :P

saje je nak bagi orang fikir balik pasal wafa, bila dah lama meninggalkannya. itu plan die dari awal ;)

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

hahaha
atey dah jadi garang??
wow!!

*teruja*
nasib baik bukan kat wafa.. huahuhua

athirah zahari said...

haha. alaa huda ni, tapi huda still the best, ceh :P haha.

Rosbee said...

Hahaha cis malacis, berlakon garang yeee. kitorang kat belakang tu macam dah kesian ateeeey. hahaha

athirah zahari said...

haha. kan, kesian ana. tulaa main2 lagi :P haha.

syifa' kamarudin said...

hmm... dgn ana x garang pownnnnnnnnnnnn,,,

wakakakakaka

athirah zahari said...

haha. sebab syi sangat sweeeeeet ;) hehe.

syifa' kamarudin said...

alamak.

ana sweet?

ohhhhhhh, so sweet atey!

cewahh =)

athirah zahari said...

alamak. ana pon sweet? hehe ;D

athirah zahari said...

eh kejap.
kenapa satu je dari banyak2 comment ni yang berkaitan dengan tajuk sebenar. yang lain sume berkaitan dgn P/S ana. haha. lawak2.