Thursday, October 31

siblings


"ayahku adalah Islam, tidak ada ayah selainnya di saat manusia lain berbangga-bangga dengan puak Qais atau Tamim. aku berbangga ayahku adalah Islam."
- salman al-farisi


ahmad kata ayah dia Islam. abu kata ayah dia Islam. aminah kata ayah dia Islam. zaiton kata ayah dia Islam. konklusinya ; ahmad, abu, aminah, zaiton adalah adik-beradik. kan? :) bila adik beradik, makanya cinta dan kasih sayang antara sesama mereka adalah seperti cinta dan kasih sayang bersama adik-beradik. walaupun ahmad dari china, abu dari pakistan, aminah dari afrika, zaiton dari german.

subhanallah, sesungguhnya, itu sangat sweet.

***

semalam kat restoran, ada pekerja minta izin ambil kicap atas meja sambil sebut "permisi." jelaslah, asal usul negaranya. tetapi, subhanallah, dalam sekilas pandang 1.5 saat itu, dengan izin Allah, dengan kelembutan suara dan senyuman di wajahnya, terdetik di hati bahawa saya dan dia adalah adik beradik, tak kira dia dari mana, saya dari mana. hikhik. ( sebelum ni 

dan perasaan ketika itu, saya rasa, tenang. macam adik saya yang ambil kicap tadi. tersenyum sendiri. alhamdulillah ya Allah untuk perasaan itu. woah! perasaan cinta kasih dan sayang sesama saudara seakidah sangat hebat!

***

dan, jika setiap seorang muslim hari ini punya pegangan seperti salman al-farisi, Allahuakbar. 

dengan itu, saya sangat merindui suasana para sahabat dari pelbagai latarbelakang, warna kulit, bahasa pengantarnya, tetapi bersama-sama mengejar tarbiyyah Rasulullah dan meneruskan dakwah Baginda. jiwa jiwa yang punya iman yang mampu menggoncang dunia. Allahu. adik beradik saya!

sangat sweet. kan ? hihi. 


moga Allah redha :')


No comments: