Monday, October 28

orang manja je makan ubat


bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah selamat jejak rumah, pertama kali drive jauh sorang sorang, sempat rehat tidur R&R 45 minit.

***

minggu lepas, banyak perkara yang dibuat sampai bila menjelang lepas isya', kepenatan yang amat tu datang, memang dahsyat penatnya. selalunya mesti tertidur sambil buat something. dan belum masuk fasa clinical lagi pun -.-

satu malam lepas isya', juga merasakan kepenatan yang amat tu, sempat bukak facebook sambil update benda benda kat newsfeed sambil bincang bincang kerja sikit. kacau nenek saya sekejap.

tanya ;
"nek, what you do when your physical ability seems to be stopping you when your heart feels there are still too much need to be done ?"

so she explained.

oh  btw, nenek tu sebab dia naqibah saya punya naqibah :D

***

fatigue is normal. kita manusia. sunnatullah (ketetapan) kita, bila dah buat kerja teruk teruk, mesti akan rasa penat. lagi lagi dalam bidang ini. poyo sikit >.< bunyi macam dah houseman, sedangkan baru second year student. sungguh masa untuk medic itu pasti ada, tetapi masa untuk jalan dakwah dan tarbiyyah memang kita miskin. macam Hassan al-Banna pernah pesan.

jadinya, kenapa masih ada masa scroll timeline facebook?
sungguh jika itu untuk kelangsungan tarbiyyah, alhamdulillah, do it. tapi kalau untuk keseronokan dunia yang sementara, maksudnya fatigue tu tadi masih ada unsur unsur kerana sibuk dengan dunia. and kita fikir kita dah gunakan tenaga yang ada as maximum yang boleh untuk dakwah dan tarbiyyah. rupanya tidak T.T

conclusion 1 : do everything, susun masa for the sake of Allah and kelangsungan dakwah & tarbiyyah, kalau tak memang akan fatigue. and if it was for the sake of Allah dan juga d&t, even if we reach that fatigue level, keep in your heart, 'ihfazillah yahfazka' hadith 19 dari hadith 40. better to be fatigue for the sake of Allah dari fatigue sebab nak kejar dunia in shaa Allah.

dan ini memang mujahadah saya sendiri. untuk menjayakannya tak semudah untuk menulisnya. moga diri sendiri mampu berusaha. yosh.

nenek pun remind, badan kita amanah dari Allah. thus, kena jaga elok-elok.

part qawiyul jism memang cakap lebat, tapi dalam sebulan, sekali je jogging nye ha. Allahu T.T memang tak fit badan, tu dalam kelas mengantuk, bila malam shutdown awal sebab kata nak kencang dakwah dan tarbiyyah. pemakanan pun tak jaga. supplement, kismis, habbatussauda' ke tak berjaya nak istiqamah. pastu bila badan tak larat, tak sihat, toksay makan ubat, dengan jawapan ; saya mahu perjuangkan badan saya di jalan Allah!

remind nenek yang tembus dalam hati ;
"dulu kita boleh la abaikan kesihatan tak makan ubat, konon berkorban la, tak nak manja la ape la. tapi sedar atau tak, disaat ummah memerlukan kita utk sihat, kita tak sihat. and yet kita claim nak jadikan badan ni modal jual beli ngan Allah, apa justifikasinya kat situ? badan kita ni ummah punya. jaga la elok elok."

headshot.

conclusion 2 ; makan ubat bukan sebab manja. tapi makan ubat sebab Allah. sebab ummah perlukan kita untuk sihat. if makan ubat is the usaha yang kita boleh ambil, thus, makanlah ubat.

teringat masa pergi program sekali tu, kena serangan resdung dahsyat, plus demam, plus angin sepoi sepoi bahasa, plus a few other problems. senang cerita, terbaring je mampu. mengikut kajian sendiri pasti kerana menelan sambal belacan waktu lunch tu.

bila nak balik, salam salam, seorang akak tu pesan ; "kalau kamu dah tahu allergy, jaga makanan elok elok tau. jangan bunuh diri pulak dalam dakwah dan tarbiyyah, ummah sangat perlukan daie sekarang." nangis T.T

***

sahabat dulu, pengorbanan mereka pada tubuh badan di medan perang, darah mereka, luka mereka. dan mungkin begitu juga saudara kita di palestin syria mesir rohignya bangladesh hari ini.

kita tak terpilih untuk diuji sebegitu.
di tempat kita, pengorbanan kita adalah tenaga. sebagaimana saudara kita telah berusaha sehabis baik sehingga titisan darah terakhir, kita juga seharusnya berusaha sehabis baik sehingga ke titisan (?) tenaga terakhir.

semuanya sebab kita nak jumpa Allah, dan Rasulullah.
nak jumpa sahabat Baginda sambil mereka tersenyum ke arah kita.
gembira dengan pengorbanan kita walaupun ia tak sehebat pengorbanan mereka.

sekurangnya mereka tahu, kita telah berusaha. sehabis baik.

jadi, jom jadi sihat dan bertenaga. untuk Allah dan Rasulullah dan untuk ummah yang memerlukan.


pesanan ini dibawa khas untuk anda oleh : puteri lilin ecehceh -.-
moga Allah redha.

p/s : O Allah, I am missing all the khalifah and the companions. 
I feel like fainting.

No comments: