Sunday, March 3

genap 89


89 tahun dahulu




***

pasti mereka gentar, takut
pasti lutut mereka bergegar
pasti hati mereka seakan menunggu masa untuk berkecai

bila mendengar nama-nama hebat itu

Abu Bakr as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman ibnu Affan, Ali abi Talib radiyallahu'anhum

kerna jantung aku sendiri berdegup kencang, dan kencangnya amat dahsyat
bila aku membayangkan mereka berdiri dihadapan aku,
Allah, reaksi bagaimana harus aku berikan,
langsung tidak tahu hendak bayangkan
untuk membayangkan diberi peluang berjumpa mereka sekalipun, adalah satu peluang keemasan

kerna,
mereka ini, manusia hebat

mereka tidak punya kuasa luar biasa, mereka tidak punya gadget berjuta-juta nilainya, apatah lagi bom nuklear mahupun senjata api level tahap mana yang memerlukan serangan dari jarak jauh, tidak. apa yang mereka punya hanyalah pegangan yang teguh itu, pegangan pada tali Allah

"Dan berpegang teguhlah pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..." 
3 : 103

equationnya simple ;
Allah itu Maha Kuasa. segalanya yang berkaitan denganNya pastilah yang terhebat tiada tandingannya. begitu juga tali Allah. tiada yang mampu memutuskannya, cumalah tangan manusia, si hamba yang lemah ini yang mungkin terlepas dari tali ikatan itu. tetapi siapa yang terus berpaut, pasti tidak temu kegagalan

kerana itu, Islam semakin menguasai dunia selepas zaman Khulafa' ar-Rasyidin. kerana itu Islam semakin kuat dan kuat. kisah keempat-empat khalifah Islam ketika itu pasti tidak akan menjemukan. tidak termasuk kisah para sahabat yang terus menerus mencucuk tembus kalbu yang lemah dan serba kekurangan ini.

sehingga suatu masa, 2/3 dunia, dibawah naungan Islam.
Khalifah 'Abasiyyah ; Harun ar-Rasyid berani berkata ; 
"pergilah dikau kemana pun awan, pasti engkau akan pulang kepadaku"
walau dimana hujan turun, hujan pasti akan membuahkan hasil yang akhirnya pulang kepada kerajaan Islam, tanah jajahan Islam sudah terlampau besar, subhanallah !

sahabat, kejayaan itu tidak mustahil. Islam pernah capai Ustaziyatul 'Alam itu !

***

tetapi hari ini, cukup 89 tahun,
semua itu tinggal kenangan. sistem khalifah dijatuhkan, dimansuhkan, dileburkan
umat Islam terus porak peranda tanpa khalifah yang mampu memimpin ke arah kejayaan
hanyut, hanyut, hanyut

jika anda ambil just 5 minutes to really think of the condition of the Muslims out there, atau pun tak perlu pergi jauh, teliti diri kita sendiri, bandingkan dengan umat Islam zaman Khalifah ar-Rasyidin dahulu, Allah, tak mampu, tak layak, tangisan gugur, Allah, jauh beza kita dan mereka

***

tapi sahabat, Allah telah berjanji kemenangan Islam itu pasti
dan janji Allah, pasti akan tertunai

usaha Rasulullah dan para khalifah selepas baginda bukan sekejap,
usaha mereka panjang, susah, perit
tetapi akhirnya mereka mencapai kemenangan itu
kemenangan yang tidak mustahil itu

begitu juga usaha membebaskan Konstantinopel,
800 tahun selepas hadith Baginda tentang pembukaan kota itu
hadirnya sultan al-fateh sebaik-baik pemimpin bersama sebaik-baik tenteranya
usaha itu lama, usaha itu panjang

walaupun panjang,
kemenangan yang pasti akan tiba,
antara kita termasuk antara yang menyumbang atau tidak, 
kemenangan itu pasti akan tiba




***

" Tiada ruang bagi kebetulan bagi kejadian-kejadian luar dugaan yang mendadak "
- Syed Qutb



Kejatuhan Islam, penghapusan sistem Khilafah ini bukan kebetulan. 
Malah tiada di muka bumi ini adalah kebetulan, Allah berfirman ;

"...dan Dia menciptakan segala sesuatu, 
lalu menetapkan ukuran-ukurannya dengan tepat." 
25 : 2

***

Orientalis menuduh umat Islam suka terus hidup dalam nostalgia. Bangga dengan kejayaan dahulu. Sekarang ini, terus hidup dengan kejayaan dahulu, dan tiada apa sumbagan pada dunia hari ini. Ya benar, kita bangga dengan kehebatan Rasulullah, sahabat terdahulu, tetapi kami tidak akan terus tidur mengimpikan untuk hidup di zaman dahulu. Kami ingin bangkit dan kembalikan kejayaan itu. Demi Allah.

Yes kami. Which means us. All of the Muslims. Awak mengaku awak muslim kan ? So, lets !
Moga kiraan 89 tahun itu semakin menemui penghujungnya. Allahurabbi.



"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 
"Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi ini" 
2:30



moga Allah redha :')


No comments: