Saturday, September 8

fitrah kita, wahai wanita



wanita, fitrahnya lembut, jangan cuba lawan fitrah itu, terngiang di telinga,
teringat ceramah yang dipasang di surau al-huda, kmkn suatu ketika dahulu.

benar kata ustaz.
bukan sekali dua, tetapi tidak terhitung bukti didepan mata mengiyakan kenyataan itu.

walau luaran mahupun fizikal, kelihatannya gagah perkasa, kuat, cekal, tabah, 
tetapi dalaman, hati, rohani seorang wanita tetap sukakan kelembutan, keayuan, kemesraan takpun, kata seorang sahabatku, belaian

dulu, aku sendiri jarang sekali menunjukkan ciri-ciri itu
jarang aku menggunakan aspek kelembutan dengan persekitaranku
baru sedar, agak penat, kerna aku melawan fitrahku

setelah ber-curhat, kini aku sedar
mungkin ini adalah medium aku selepas ini
kerana hati aku gembira bila aku pulang kepada fitrah

tetapi satu,
wanita muslim bukan lemah lembut tidak kena tempat
bila perlukan kelantangan, kita harus bangkit
bila perlukan kekuatan, kita harus tegak berdiri

iya, itulah wanita muslim, lemah lembut dalam ketegasan 
itu yang aku cuba kejar.


may Allah bless :*



p/s ; eh haruslah atey tetap atey yang sama, tetap cool >.<
cuma mungkin terselit kelembutan #ehh

1 comment:

musheh said...

tahniah kerna telah berjaya kembali pada fitrah kelembutan :p