Saturday, June 9

mendaki bukit bendera

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
alhamdulillh jejari manis masih bisa menari di atas papan kekunci dengan lembut menulis kisah hidup yang dipenuhi pahit manisnya. alhamdulillah :)

duk asyik cerita pasal opinion, meh nak cerita sikit kisah Penang ;)
  
al-kisah mendaki Bukit Bendera

pada awalnya, plan kami ke Bukit Merah. tapi macam biasa, kitorang kalau plan awal, selalunya tak jadi. tiba-tiba tukar plan pergi Penang and then tiba-tiba nak pergi Bukit Bendera. maka, Bukit Bendera kami tawan ! walaupun dari lahir, kampung kat Bayan Lepas tu selalu jejak, pada umur 19 tahun baru berjaya tawan Penang Hill. hee.

dah plan tiba-tiba, tengahari baru bertolak dari hotel. dan disebabkan semua orang lapar, ibu abah cari Nasi Kandar Kampung Melayu dulu. pusing dalam 29 kali jugak baru jumpa. sampai-sampai, perut dah buat konsert, muka dah bersemangat, sekali tutup. aduh. masuk kereta.

dekat je kedai tu dengan bukit bendera and tak jumpa dah kedai melayu lain untuk makan. kami pun daki lah bukit dulu. plannya nak makan kat puncak nanti. beratur punya la panjang. sementara the boys beratur, ibu and I went to search for food, sekali yang dijual makanan ringan / souvenirs -.- jumpa satu kedai ni tinggal satu apam balik dah leper selepernya, roti sardin comel. maka belilah apa yang tinggal tu. kami 5 beranak-cucu makanlah dalam line.

haha muka emosi. *taksempat nak senyum sebenarnya :P

naiklah tren baru tu. fuyyo memang lajuuuu. abah kata 5 kali lagi laju dari dulu. ya Allah tak boleh bayang kelajuan tren dulu macamana aduhai. dahla perjalanan naik bukit dia agak jauh. dalam tren tu sejuk dan selesa, memandangkan kami semua dapat duduk. hehe.

saya senyum, semua tak fokus haiya

wee :)

ha ini dalam dia. ada 5 gerabak. satu tu boleh duduk 10 orang. berdiri dalam 15 ? 
haha itu maximum la. *macam waktu turun hari tu, 50 20 orang rasanya,
memang selagi boleh sumbat, disumbatnya.

dekat atas tu, tak banyak sangat aktiviti. yang ada tangkap gambar dengan ular, ada seorang makcik India ni buatkan grasshopper guna daun kelapa (?), naik kereta golf pusing pusing. semua kami tak buat sebab gambar dengan ular tu, mula-mula nak, tapi orang lain semua taknak, *abah nak, tapi time tu abah pergi toilet, jadi takpelah, takkan nak sengih sorang-sorang dah la ramai tengok -.- yang grasshopper tu, takpelah. naik kereta tu pulak nak naik mula-mula, sekali kereta habis. aduh sedih. 

oh lupa, ada teropong berbayar. hehe. comel. memang jelas nampak sampai jambatan pulau pinang. kapal kat laut, kereta kat jalan semua nampak. 

 say cheese.
 hah semua berebut.
last-last cucu dapat. haha.

sebab lapar, kami sambung misi mencari tempat makan. tempat makan dia okay lah. sedap tu pun bolehla. cuma pengudaraan tak berapa bagus and serabut sebab ramai sangat manusia. ceh banyak komen.

lepas makan, kami jalan panjat sikit. ha ini lah masa yang dikatakan mendaki tu hehe. tinggi jugak wu. oh ini part menarik. tempat kami panjat ni, bertingkat-tingkat rumah ibadah. first level kuil agama Hindu. kena pulak hari tu mereka ada perayaan, memang ramai dan kedengaran bunyi-bunyi yang meriah dari kuil mereka. kami beredar dengan cepatnya. 

naik sikit, jumpa masjid. kecil comel. bentuk macam masjidil aqsa sikit. tengah renovate. takdapat nak masuk. duduk luar sambil makan kacang. hehe. sempat snap 2, 3 gambar.



 ini ibu abah
saya nasyriq amru abah

atas sikit ada church. tapi tak dibuka untuk orang awam. tengah renovate jugak kot (?) takpelah.

so lepas tu kami balik. oh ada part menarik. haha. waktu tu, makcik Rela sorang ni tiba-tiba tutup pagar betul betul bila kitorang nak lalu. dan saya yang penat pun berdrama ;

"KENAPAAAA ? KENAPAAAA ? "

serius tak sedar suara terkuat -.- nasib baik tersorok belakang ibu. ceh berangan kecik. makcik tu pun explain kat ibu kenapa dia tutup pagar tu, beriya pulak tu. haha lawak lah makcik. lepas tu, balik :)

*******

seronok, walaupun tak buat pape sangat atas tu, honestly ada masa terbayang-bayang apa kawan-kawan kat misi buat, dahlah time perkasa kan, tapi dalam masa yang sama gembira tak terhingga dapat spend time dengan family muahs <3 Allah beri apa yang terbaik untuk kita - pegangan untuk terus gembira dalam hidup :')



2 comments:

Khalilah Alhuda said...

oooh, dtg penang xhabaq naa.
hehehe, eh cantiknya tren tu, ana smpat yg lambat punya dulu -__-
yg baru xpernah pun lagi. hehehe

ateyyyy said...

ehh ana selalu lupa yang nt tak cuti lagi. ana selalu ingat semua cuti serentak :3

masa ana tulis post ni baru ana teringat nt tak cuti sebenarnya huhu. maaf huda hehe ;)