Friday, April 27

bukan nombor biasa

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
apa khabar semua ? diharap semua di dalam limpahan rahmatNya <3
rindu ? sabar eh, saya busy sikit minggu ni. maklumlah cita cita besar :)

jadi. sejak kebelakangan ni, banyak benda yang berlaku. banyak sangat. dari standardized 3 hari tu lagi. banyak sangat insiden yang menguji tahap kesihatan jantung di paras bahaya atau tidak. alhamdulillah syukur, masih sihat :) tapi malam ni, saya nak cerita benda lain. 

nak cerita pasal apa yang berlaku malam semalam. atau lebih tepat lagi, pagi tadi.

jsyk, semalam result (or hari ni), result muet keluar. pada mulanya, saya tidak berniat langsung nak check malam tu. kenapa ? trauma. tapi sebab nak basuh baju, saya gatal tangan, stay up kejap, online! start pkl 12, balik dari bacaan kedengaran suara suara bahagia terjerit sana sini memecah suasana malam yang dingin lagi menyeramkan. ada band 5, ada band 4. tahniah rakan seperjuangan :)

ya Allah, saat itu Allah tahu betapa takutnya hati nak check. bella si rumet dah check. tahniah umi ! :) mushi mirano pun datang bilik jalan jalan inform pasal dinner lalala sambil masing masing membawa result yang menggembirakan :) makin berdebar tak payah cakap. memang nak tidur, tapi tak boleh. washing machine belum habis ;/ baju haruslah dibasuh. kantoi basuh guna machine ;P

tunggu punya tunggu. chat dengan beberapa orang kejap, diorang semua suruh check. hati berat. bukan sebab apa, sebab satu je , saya takut. TAAAKUUUUT ?! -..- 

chill.





saya bukan takut dengan result. 
tapi takut,
dengan keupayaan hati.
sekiranya sejarah berulang, 
mampukah aku ?
berdiri gagah melalui semua itu sekali lagi ?

seingat apa yang berlaku dahulu,
I was torn apart. 
down ? dah sampai kerak bumi rasanya tertanam.
senang cerita, time tu, sedih habis.


sampaikan memang dah tertutup hati 
dari nak ulang muet sekali dengan yang mereka yang lain. 
memang tak fikir langsung. rebel konon. 
sekali ibu abah suruh amek, maka patuh. 
kerana dengan dorongan dan sokongan mereka, saya buat.






setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya, tapi sebagai manusia, lagi lagi yang telah lalui semuanya dua kali, dan benda ini bukan benda senang, harus dijayakan dengan proses yang panjang, untuk menerima perlu ulang untuk kali ketiga, mungkin sesuatu yang cukup berat.

sambil online tu. berdebar tak payah cakap. tenung je website yang tunjuk cara nak check tu. tapi lama lama tangan bergerak automatik, hantar mesej.

dalam masa yang sama, 
hati kecil yang lemah ini berdoa, "Ya Allah kurniakan aku hati yang redha "
berulang kali. sebab saya tahu,
tanpa redha, saya takkan mampu menerima.

mesej masuk. alhamdulillah, berjaya. masa tu dalam bilik, gelap, rumet dua dua tidur. tenung je mesej tu lama lama. teringat kenangan muet dari awal dulu terkapai kapai 2nd intake students terpaksa jawab muet, terpaksa ulang untuk kali kedua, terpaksa korbankan cuti lepas balik dari langkawi, sampai ke saat aku baca mesej tu. berderai air mata sorang sorang, speechless. tidaklah capai band 6, tapi, dengan kejayaan tu aku hanya boleh memanjatkan kesyukuran ya Allah :') di saat itu, aku rasa rindu sangat pada Allah.

forward mesej kat ibu and abah. alhamdulillah. duit yang mereka keluarkan, dapat saya langsaikan dengan kejayaan :) saya gembira yang mereka gembira.

paginya. macam macam lagi berlaku. dari plan nak puasa pergi telan muruku sedap tepi katil huhu. eh eh, tidak bukan itu. pagi tu, something great happened, Allah tunjuk betapa Allah sayang beberapa sahabat saya. siapa ? teka sendiri :D 


mereka adalah orang terpilih,
yang dilipih Allah,
 untuk melalui ujian ini bukan sekali tapi dua, 
saya tengok setiap seorang, 
mereka dengan cara mereka tersendiri menerima ketentuanNya. 
aku tenung 2, 3 wajah yang sempat, 
kuatnya mereka, sayangnya Allah pada mereka.
makin kerap titisan air mata mereka jatuh dihadapanNya.
Allah nak mereka lebih dekat. lebih banyak memohon daripadaNya, Allah rindu. 
dan betapa Allah hendak didik mereka menjadi lebih tabah.
nikmat yang besar.
kawan kawan, bersyukur naa :)


dan sesungguhnya aku cemburu. mereka terpilih sebagai mereka yang mampu menerima ujian itu. terbukti mereka kuat. and as a constant reminder, Allah is the best planner, aku bersyukur dengan ketentuanNya kepada aku :)

setiap yang berlaku, well you know, ada hikmahnya. bukan mungkin, tapi memang ada. kena kuat, letakkan kerpercayaan sepenuh hati padaNya. mohon yang terbaik, Allah sentiasa dengar :)

nombor yang terpapar dalam mesej malam itu, bukan hanya sekadar nombor biasa yang menunjukkan prestasi akademik dan kemampuan seseorang dalam bahasa asing atau apa apa je lah, tapi ia mampu mengubah keimanan, ketaqwaan seseorang. indahnya islam bila semua perkara yang kita lakukan, berpaksikan keimanan <3








alhamdulillah, hari ni dapat
oblong + abc sedap :D

2 comments:

syifa' kamarudin said...

like that last paragraph :)

it's great bile kte mlihat dunia dgn kaca mata keimanan

ateyyyy said...

:)

it's great bila kita cukup kuat untuk sentiasa teruskan sebegitu.

hai syi !