Saturday, April 3

Kenapa baju sekolah?

assalamualaikum w.b.t.

saya nak cerita kisah yang hampir basi. berlaku pada hari ahad yang lepas, hari kami ada bengkel bahasa melayu.
********
pagi itu, kalau nak breakfast macam dah agak lambat, tetapi saya fikir-fikir, nanti sampai awal tak buat apa-apa, pusing pusing sana sini. jadi ajak ibuabah pergi breakfast. ada satu warung dekat ngan rumah saya, roti canai dia sedap tapi kuah tak sedap, makan jelah. dah nak lambat da pon.

warung tu dikunjungi banyak lelaki-lelaki tua dari pangsapuri sekitarnya. lepas tu, ramai-ramai merokok pada pagi yang indah lagi suci, rasa nak sepak (guna kaki ye) .

selalunya saya tenung je orang yang merokok ni, guna tenungan tajam+sinis+benci+geli, diorang selalunya sedar tapi buat bodoh, biasalah dah memang jadi bodoh lepas hisap rokok kan. (sorry, bab perokok ni, memang tahap emosi saya TINGGI, kesah ape, diorang buat ramai orang mati tak kesah pulak, ceh, teremo balik ) :D

back to the story, saya tengah makan roti canai dengan nikmat, seorang pakcik datang, mungkin dia pelanggan tetap, dia order makanan dari meja makan je, tak perlu orang tu nak datang meja dia. meja dia sebelah meja saya.

masa dah nak habis makan, dia tengok ke arah saya yang berpakaian seragam sekolah -____- tanpa diduga, dia meninggikan suaranya seraya berkata;
PakCik : Hey. Ini kenapa pakai baju sekolah ni?
Saya : . . . . . . .
PakCik : Apa ni, tak malu ke?

Saya : . . . . . . .

PakCik : Mana ada orang pakai baju sekolah hari Ahad.

Saya : . . . . . . .

PakCik : Bebel, bebel dan bebel.

Saya dan abah : Tergelak dan senyum malas nak layan.

PakCik : Tahu tak, baju sekolah ni orang Jepun, blablabla.

Saya : Ha? Apa kaitan baju sekolah ngan orang Jepun? (dalam hati lah tapi)

Saya , ibu dan abah bangun untuk beredar.
Ibu saja cakap dengan nada yang kuat,
: Jom athirah! Pergi kelas!
tapi,
PakCik : (Terus membebel pasal baju sekolah)
Dalam kereta, abah tergelak, abah cakap, ibu nak juga layan pakcik tu. Ibu kata, biarlah. Orang tak kacau dia, dia kacau orang, dahla pagi-pagi. Abah cakap, tengok tak muka dia? Ibu kata, tahu, dia tak betul. HAHA.

Saya? Taktahu apa.
Yang penting, tak nak pergi warung tu untuk breakfast waktu hari Ahad before pergi bengkel. HAHAHA.






p/s: memang banyak jenis manusia kat dunia ni kan?
perokok paling menggelikan. EEUUUW!

4 comments:

.ikOi said...

okay seram! HAHAHAHA

nur mat zahari said...

yesss! memang seram!

~KhalilahAlhudaKamilen~ said...

haha..
sengal

tAsNEEm said...

x pasal2...agaknye die jeles, x penah pakai baju sekolah hari ahad sebelum bengkel kot...haha