Tuesday, December 1

It's christmas!

Assalamualaikum.
I'll be writing this post in Malay, easier to express my feelings :)

*******

Ada apa dengan tajuk post kali ini? Tiada apa. Hanya untuk melambangkan post ini sebenarnya berkaitan dengan cuti panjang kali ini. Sebelum tibanya cuti, semua orang tidak sabar hendak menyambutnya. Setelah tamat Biology Paper 3 pada hari terakhir peperiksaan, senyuman terukir di bibir murid SMIAAG. Cuti!

Seperti biasa, memang seronok bercuti kerna dapat berjalan-jalan bersama keluarga, kawan-kawan asrama balik, tonton drama korea sehingga tidak tidur, main game sehingga mata sakit (saya tidak la!) dan juga melekat depan laptop dan melayari internet 24-7. Tetapi cuti kali ini berbeza kerna saya berumur 16 tahun, ini bermakna tahun hadapan, SPM!

Oleh yang demikian, perasaan cuti kali ini berbeza sedikit. Tambahan pula, cuti kali juga bercampur dengan tugasan di minggu-minggu akhir sebelum Wafdul Amin menjelma dan sedikit tugasan SEMAIAN 2009 untuk saya yang sepatutnya banyak tetapi disebabkan kelemahan dan kemalasan saya, sedikit sahaja yang diamanahkan. Minta maaf pihak SEMAIAN yang lain. Saya bukan nya tidak mahu buat, jujur!

Tambahan lagi(?), kami sekeluarga akan berpindah rumah ke lokasi yang tidak pasti lagi. Kenapa pindah? Biarlah rahsia. Kerja mengemas rumah sini sana bertambah. Oh ya, selain itu, nota-nota perlu dibuat sebelum tiba 2010 dan sedikit persediaan pembelajaran juga perlu dijalankan agar pelajaran pada 2010 berjalan dengan lancar dan mudah, alhamdulillah walaupun melekat depan laptop kerana Jang Geun Suk, tetapi berjalanlah juga kerja-kerja membuat nota dan pembelajaran awal :D

Namun begitu, walau banyak mana saya belajar atau buat perkara-perkara yang mendatangkan faedah, saya sentiasa rasa masa cuti saya terbuang begitu saja. Mungkin kerana Facebook yang sungguh menagihkan atau mungkin kerana You're Beautiful yang sungguh seronok ditonton(?) Masa berlalu dengan pantas seperti air sungai mengalir deras.

Tetapi, saya tidak boleh salahkan faktor-faktor luaran sebegitu, bukan? Yang penting adalah diri SAYA sendiri. Kalau mahu berjaya, tidak kira untuk Wafdul Amin atau SPM atau kehidupan itu sendiri, segalanya bermula dari kita sendiri, kan? I"t's never too late to make things right", oleh itu, saya akan cuba melawan kehendak melayari internet, ber-Facebook dan bermain PS2 bersama adik saya. Dan bersedia untuk WAFA dan SPM :)

Wafdul Amin minggu hadapan, tidak percaya betapa pantas masa berlalu.
Cuti sekolah juga hanya tinggal sebulan. Banyak perkara yang hendak dilakukan.
Dan bagi pihak semaian, saya betul-betul memohon maaf. Sekian terima kasih.

4 comments:

Rosbee said...

atey! bagus, banyak penanda wacana ;D ehe teruskan! *geli

athirah zahari said...

wahaha. memang saja nak guna banyak-banyak penanda wacana :D

Norashikin Tajuddin said...

chaiyok ADEK

athirah zahari said...

thanks cikgu :D