Showing posts with label whatAday. Show all posts
Showing posts with label whatAday. Show all posts

Tuesday, June 12

tak tahu ? then please shush

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
moga sentiasa bergumbira dalam limpahan maghfirah dan rahmatNya <3


hari ni, tadi baru je, kat giant permata ada reunion sikit, dengan Fatin Nabilah Norzihad :') it was short, but really cool. fatin is as always, sama je oh but I realized she was holding a S2, nak pengsan :P


^^^^^^


so post kali ni, achik kawan saya nak cerita sikit .



bismillah :)


hari tu, achik keluar jalan-jalan dengan kenalan dia. achik drive. 
semua berjalan dengan lancar, macam biasa, cool je. 
achik dan kenalan nak pergi menuju satu shopping complex yang agak popular. 
achik pun drive masuk parking lot.


nak jadi cerita. penuh habis tempat parking lot tu. 
memang penuh. zero empty parking lot. 
nak dekat 5 , 6 kali juga achik pusing tempat sama.


achik pun manusia biasa. tak lari dari buat silap.
dah lama sangat, mula timbul perasaan tidak sabar. geram.


tiba-tiba, kereta depan achik jam break.
meletus juga gunung berapi achik. marah habis lah.


kereta depan tu warna merah. achik tunggu siapa keluar.
rupanya, wanita hamil keluar, dengan wajahnya, 
seperti orang yang hamil lah, yang kepenatan.
achik tertelan apa yang dia nak luahkan. dush kena dahi sekali.


pusingan kelima / keenam , achik sampai bahagian parking lot o.k.u.
ada satu kereta baru berjaya park kat situ.
achik yang dah penat, mula fokuskan mata,
mencari, siapa yang oku nya ?


satu, dua, tiga , empat orang keluar, eh normal je semua
perasaan negatif dah mula nak membakar dalam hati achik
kereta achik dah makin ke depan
pemandunya keluar yang terakhir, driver dia rupanya


astaghfirullah.
achik diam, tarik nafas dalam-dalam.


kenapa negatif sangat ni ? 
bukan ke semua benda, boleh dijadikan ibadah kalau diniatkan kerana Allah ? 
malah memandu pun.


tapi macamana ni, kalau dipenuhi perasaan yang begitu negatif ? 
astaghfirullah.


saat tu jugak achik muhasabah diri. banyak salah ni.
banyak syaitan ke dalam kereta ni. isy takutnya.
achik istighfar banyak banyak kali.


pusingan seterusnya. achik jumpa parking lot.
achik berbicara dalam hati.


semua ni Allah susun. parking lot kat mana, pusingan ke berapa.
kalau yang ke 7 baru jumpa, tapi yang ke 6 dah putus asa. 
memang tak jumpa jugak, tidak begitu ?


achik dan kenalannya sambung misi mereka berjalan-jalan ;)

^^^^^^


oh achik tanya ; dramatik ke ? achik jawab ; well nak buat macamana, dah memang jadi :)




^^^^^^

eh kenapa dia cakap macam tu ? 
eh kenapa dia buat macam tu ? 
eh kenapa dia tak buat macam tu ? 
eh tak baik !
eh jahatnya !

eh eh awak tak jahat pulak cakap dia jahat ?

HA !

^^^^^^ 

“Never look down on anybody unless you're helping them up.” ― Jesse Jackson


may Allah bless :*



so what say you ?

Tuesday, July 19

papai tupai

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
moga semua dalam keadaan sihat belaka dan sentiasa dilimpahi berkat dariNya :)

so yesterday, so yesterday. I'm just a bird that's already flown away. lalala. tibo.

OKAY. so yesterday, kami pergi jalan jalan jalan jalan. ceyt satu tempat je pon, jiran saya tu, wangsa walk.

saya sampai awal, lagi 10 minit wangsa walk nak bukak. masa nak cuba masuk pakcik guard tanye kerja ke ? LOL. mestilah tak. so tunggu kat luar main game kat Bun. hikhik >.<

10.05 minit pergi balik kat pintu selamat sikit kot kot lah jam tercepat ke ape kan. masuk masuk ingat nak pusing wangsa walk, tapi banyak tak bukak lagi. pergi kat wangsa bowl duduk main wifi dia. lepas tu baru pusing pusing wangsa walk. pusing punya pusing budak bertiga tu sampai. terus pergi tempat bowling balik.




main punya main YAY ! atey menang. saje nak kecoh.

dah lama tak main kan. lepas gian lah tu. lepas tu kami pergi makaaan. kat Mango Chili. okay lupa amek gambar mase makan. die kasi kerabu mangga. erk, saya budak bandar takgheti makan macam tu. maaf.

tapi nasi goreng dia sedap, tom YUM dia pun. alhamdulillah kenyang :)

pusing lagi pergi popular pulak. dapat buku Mitch Albom :) aiyaa nak beli semua actually, apa kan daya saya tidaklah bekerja atau mewarisi apa apa kan, beli satu je dulu. dalam one month ni nak habiskan, jadinya takboleh excited terus nak habiskan satu malam macam biasa -,-




with ikoi with wawa with izzati


next stop, tutti frutti loves. saya punya paling mahal T,T tapi takpelah, kita kena berpisah kan TF, sekali sekala kena mahal. and then photoshoot dalam City. balik rumah. say papai to all and the hangout ends there :)
the important thing is. it was FUN ! :D




p/s ; roommate again,

insyaAllah you can do it over there kamu hebat :)
driver,
please continue tau.
budak law,
good luck. jangan sibuk berkawan dengan dia tu je ;D

Saturday, July 16

dalam hati sentiasa.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

apa khabar semua ?
diharap semua sihat dan bahagia insyaAllah.

"best things in life are free" - ada kat tshirt bafan. ini random XD

*******

isnin lepas, patutnya balik palam pagi tu macam biasa. tapi sakit kepala dapat mc sehari. dapat mc pun pergi shopping dengan ibu kat carrefour and jayjay. dan disebabkan jalan punya jalan and weather pun teruk, malam tu sakit balik, maka selasa pun mc.

jadinya selasa tengahari balik palam. lunch dekat rafflesia. ibuabah balik, masuk bilik study untuk test chem and maths esoknya.

*******

hari berlalu seperti biasa. ceh sehari je pon. balik dari test hari tu naik bas. minggu sebelum tu one whole week naik tangga ( misi berjaya ;D )

sampai bilik rutin biasa. lepak lepak golek golek. tengok phone macam biasa celcom gila petang petang takde line -,- solat asar dulu. and then sambung golek, tengok phone eh da ada line. mesej dari ibu masuk.

'you're going to have to learn ****** languange soon'
I was like, apa ni ? -,-

baru nak reply, ibu called, then BAM ! the news has been told. alhamdulillah :) memang sentap gue tahu berita itu. mana taknyaaa, okay first, dahla kat situ, lepas tu macam waaah gila unexpected ! okay dah.

yaAllah alhamdulillah syukur nikmat. segala usaha yang dikeluarkan oleh ibuabah dan paklang akhirnya membuahkan hasil, alhamdulillah :)

first, mesej biebs (terhantar kat phone mak dia XD) and then call cikgu, and then malam baru bagitahu roommate. roommate tersayang, bukan taknak bagitahu first, tapi saya perlu masa yang sesuai untuk bagitahu. faham kan ? :)

pagi khamis pergi settlekan everything. omg, bak kata nome and fatin, memang penat ;S tapi takpela kan bila lagi saya nak panjat tangga hebat tu. huuu. settle semua, jumpa wardah, amal, hasanah and aqem. terserempak dengan cain, amy, fadhila and sara. balik rumah heee.

sorry classmates takdapat jumpa, sorry housemates takdapat jumpa.
insyaAllah someday kalau ada peluang,
saya jenguk korang bawak pizza :D

*******

dekat KL, teringat ingat kat palam. yelaa macam pelik kan tak buat rutin harian. teringat kat roommate sorang tu, jiran blok sebelah tu, teringat classmate, housemate semua semua la. mula mula ingat macam takkan terfikir pasal Palam, urmm ada la sebabnya kan, tapi teringat jugak huu. Palam means a lot to me more than I knew it ;)

I will miss Puncak. Here are the most lovely memories there ;
1. roommate saya of course, jiran blok sebelah dan jauh nun disana :)
serta amal, hasanah and aqem :)
2. housemates best
3. classmates best
I wish dapat lebih rapat dengan korang ;( korang awesome :)
4. tempat lawa gilo.
5. nasi soto yang sedap.
6. lecturers ; especially sir latiff, pm ho :)
7. karipap !
8. berebut lif dengan semua orang.
9. suasana bila bersama kawan kawan musleh huuu ;'(
and semua kakak kakak. kakyambeeee ;/
10. TANGGA ITU ! ;D serius dah sayang sebab ehemm haha.

*******

insyaAllah jalan yang saya pilih adalah jalan yang terbaik. setiap hari saya doa, kalau dapat mara, dapatlah apa yang terbaik untuk saya. oleh itu saya terima walau manapun dia hantar :)

alhamdulillah didi sedang menanti di sana. tenang sikit hati tau ada orang yang boleh menjaga saya di sana seperti di puncak ehehe. doakan saya berjaya di sana. ohh nanti balik saya cakap bahasa sana, semua mesti teruja XD

p/s ; there's something between me and the northern states aiyaa.
kalau sejuk takpe jugak, ini -,-

athirah! bersyukur lah dengan apa yang ada, baiklaah :)

Thursday, March 24

It's 2 am.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

yeah , it's 2 am . and i can't tell what my heart is telling me right now ;/

yes , today is the day our spm results are finally out , wait it's yesterday .
but I'm not going to write about it just yet . don't get me wrong, I'm seriously happy about my result,

but it's just that , I'm thinking about something and big . and yeah, it's big .
not big like a dinosaur big but big as if BIG lah ! hah , pening kepala. emo jap :p

no turning back , no taking a peek , it's permanent . so adult-y eh .




atey , come on ! if you're going to be what you want , making decisions is all you have to do . you need to be an adult . start to think like an adult . ahh fine ! I'll try my best .

okay I'm starting to talk to myself , need to sleep .









-thanks to bibah and ikoi for listening , they didn't actually listen , they just read what i type :D
-yaAllah , tenangkanlah hati aku sebaik sahaja ku buka mataku esok pagi , amin (:

Wednesday, November 10

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, this week is better, urm, until, today?
Gee. I thought I understand what Sayang felt,
but I was wrong. It was way more painful.

JSYK, this is not about Sayang (:

I do respect her, and I still do.
But I don't know if I have to feel guilty or annoyed.
I'm not going to blame her, as I will not find others' fault anymore.
I'll take the blame for being the nasty neighbour.
But she should know, I'm not the only one who's neglecting.
They can say what they want, but I know what I did wrong & right,
please do not make it big, as if I shot someone in the head.

We're 17. We should handle this problem with maturity.
I'm saying this in a nice tone. Do not misunderstand.
SPM's near. This THING came up. Alhamdulillah, Sayang and Al were there.
I'll try to let it all go away today. Let the light shines tomorrow gracefully (:

Thursday, July 29

Me = Not you


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

"I understand."
"I know, I've felt it before"

There are times when those words are the most soothing words that could be said by someone. But there are times, those words are the reason why hatred started to develop in a human heart.

Yeah. Me = Not you.
You can't really understand me. Seriously.
I am not saying that I am a total hypocrite,
who always try to be someone who is a 100% opposite of me.
No, no, that is so wrong.






I am me.
But please, there are limits for everything.
Don't ever pretend to be so understanding when you obviously don't.


Tonight, I am putting everything aside, trying to do what I hope, is right.





Ya Allah, ihdinas sirathol mustaqim.

Thursday, July 22

MALU.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

athirah : ibu kat mana?
ibu : ibu kat melaka.
athirah : ibu, kitorang kalah tadi, dengan budak form 2.
ibu : haha, takpe, diorang muda, banyak energy.
athirah : ye ye, kitorang tua.


beberapa minggu lepas, kecoh kat facebook pasal kawan's netball. mula-mula, pandang sebelah mata, ceh, nak belajar la kan. tiba-tiba nak pulak. ajak far, dia tak mahu. ajak orang orang tertentu. tak mahu juga. akhirnya, tak jadi.

sehari sebelum perlawanan, hazwani tanya, esok kita main tak? saya macam, ha!? nak masuk ke? lepas tu bincang-bincang, ada 5 orang nak masuk(aimi, kaiyisah, hazwani, ikoi, saya). jadi perlukan lagi 3 orang. petang tu, lepas study, jumpa nu'aimah, dia nak join. so lagi 2. pap pap pap, tanya sini situ sana, tak mahu. akhir sekali, aisyah huwaida join. cukup 8.

first day punya game, alhamdulillah, lawan u-kan c, team form 1 dan v.v.i.p, berjaya. ada game yang senyap je, ada game yang tension. awal-awal lagi, badan pon tak betul betul panas, kekuatan mental masih kukuh. alhamdulillah, kami gembira.

second day, lawan commano ni dan team form 4 lagi satu. rintangan (dari semua aspek) semakin kuat. namun begitu, berjaya sampai semi final. kami dapat tahu akan lawan v.v.i.p lagi sekali, pasukan tingkatan 2 yang dipandang tinggi oleh semua.

third day (hari ini), kami lawan mereka. tak boleh nak dinafikan, permainan teruk dari sebelum ini. saya main macam t***. dan saya tahu saya yang menyumbang kemenangan mereka, oh lupa nak bagitau, mereka menang [7 - 6]. bila dah kalah, janganlah nak harapkan senyuman. lagi-lagi bola jaring, emosi pasti tidak stabil DAN kami adalah team tingkatan 5 yang digerunkan sejak hari pertama.

habis main, jumpa kak ira, rasa bersalah tahap apa pada beliau sebab before tu main adehh, bengong punya teruk. salam, tiba-tiba teremosi pulak dah, adehh malu habis. haha. tapi lepas salam tu, kak ira pon bagi kata kata semangat, aiceh, okay lah sikit lepas tu.

and then, lawan for the 3rd place. fuyyoh, hebat ah sokongan untuk waka waka. satu sekolah berkumandang. tapi ntah, saya tak dengar pape pon. mungkin sebab tudung dah lencun, tak dengar. haha. lantai pulak licin tahap tak tahan. kesian nu'aimah. nak lari pon macam kena guna daya yang lebih untuk menahan dari berguling - guling dan akhirnya masuk goal ! heh.

alhamdulillah, finally, kami menang tempat ketiga.
terima kasih kepada semua yang menyokong.

*****

tajuk tu, MALU. hmm, malu ke kalah dengan mereka? tak malu? mustahil. even form 5 lain pon, ada je yang muka macam cuka, sebab, malu, ego runtuh. ye, itu fitrah kita kan. tak boleh nak salahkan sesiapa.

tapi bagi saya, saya tidak malu dengan mereka sebab saya kalah dengan mereka yang lebih muda. mereka memang handal, baguslah demi masa depan sekolah. tapi saya malu sebab lain. jeng jong jeng, muhasabah balik matlamat sebenar join K's Net itu.

lagipun, mungkin pergi ke bengkel physics dengan tenang adalah yang terbaik bagi kami.
saya redha, harapnya rakan-rakan lain juga redha.

uhm, mungkin ini kali terakhir saya main, as if, betul-betul kali terakhir, bukan sebab kecewa. no, no, no. haha. saya cuma penat. lagipun, bakat dah makin tumpul, nanti lepas sekolah lama lama hilang terus. saya main tennis and swim dengan Amru jelah. SUKA ! eh tapi sekarang, saya belajar.

biar menangis kalah sukan, tak nak menangis kalah spm.


p/s : alhamdulillah, saya dah tak rasa apa-apa.
commano ni and v.v.i.p, all the best saya ucapkan (:

Monday, June 28

Selalu

.assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oh it's been a long time since I wrote the previous post, pardon me, I was attacked by the writer's block disease. Eh, as if I'm a real writer. My marks for the language papers are all -___-

Last Wednesday, I went to the teachers' room with Alia and KakSafi. We wanted to ask Mrs. Zaimah something about Masba. One thing leads to another, Mrs. Zaimah asked me a favor, she wanted me to participate in the pentomen :|

I didn't really think about the pentomen, well actually I didn't think about it, at all. Until that Friday, the day we had to stay back for the rehearsal and all. It was so heavy for me to bring my bag. Actually, it was not that heavy but, hmm how should I say this, okay, abaikan. Home-sick kot? Haha, haprak la. I'm matured enough :)

That evening, my soul has already reached home. Text ibu, suruh ibu ambil. I called Wardah to tell her that I'm off to Wangsa Maju already. Blahblahblah, I decided to stay. However, I was such a mess that evening, I don't even know why, rasa nak menangis , but of course la tak kasi orang nampak, esy, malu ler :P Text ibu suruh ambil, AGAIN, but then, tak jadi jugak.

I don't know how I actually felt good being there.
Fun? Yeah, I always had fun being around them, I mean, my friends.
Or maybe the performances just make me feel so excited.
Or maybe Arif was so charming, even though masa tu dia jahat? :D
I don't know, but I was smiling, so perhaps I really did have fun :)

But then, the next morning, maybe I did had a home-sick. Text ibu suruh ambil, and this time I really did went home, at 7.50 p.m. Oh, everything that makes me feel sick just flow away from me the second I step into the car. I felt good. Abah, ibu and me went to Pasar Tani, we had breakfast, we went home, I had a nap for a minute, ready-ready, went back to school as the normal Atey.

Selepas itu, belajar Chemistry. It was such a havoc. Still, it was fun. Aish, suara still kena jaga, astaghfirullah.

Okay this post sounded so weird, okay, you're such a freak Athirah. Whatever, enjoy, good night.

Words from a wise man :
Life is not for the ones who live each day for a reason. Macam tu kot.
And he died alone trying to find the true meaning of life.

So I guess, everything actually does happen for a reason.
Same as the incident of me staying back at school that Friday night.
Maybe nak bagu saya witness kecomelan Wana dan Arif, hahaha.

Just chill out, and live your life to the fullest.
SPM, uhyeah!

All the best for the debat, debate and al-debat teams,
I wish you all the best :)

Thursday, June 10

Turkish delight

.assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Turkish Delight. Sedap ke? Edmund macam sangat suka makanan tu. Hmm, saya tak berapa biasa sangat dengan makanan arab-arab ini, sorry, tapi serius macam sedap je tengok dia makan, okay habis.

Tajuk pon pasal makanan, mestilah post ini pasal makanan bukan? Takkan bergoyang pokok kalau tak ada angin. Takkan air mata membasahi pipi, kalau tiada ransangan yang mengusik hati.

Takkan tersenyum kita semua hari ini kalau tahu keputusan kimia bagaimana
(oh, cikgu hasnah dah warning, gila seram)
Hah, tak pasal berbahasa bunga. Saya belum ambil periksa Bahasa Melayu la :)

Dulu-dulu, masa muda muda, saya boleh makan semua makanan. Apa saja makanan la, maksudnya tak ada lah alahan. Malang sekali, semua itu hanyalah kenangan manis yang telah ditinggalkan di tepi jalan.

Sejak darjah 5 or 6, tak ingat, setiap kali makan ayam, hidung macam apa je jadi. Dah macam music player pon boleh -___- '
One thing leads to another. Resdung saya gets worse from time to time.

Mula-mula ayam, kemudian saya jadi abnormal bila makan udang, kemudian sotong, kemudian ais, kemudian telur
(eh tapi telur punya kesan, jarang) and akhir sekali, belacan.

Haisy, belacan tu la yang paling perit menahan, lidah saya ni kalau tak rasa pedas setiap kali makan, macam loya je tekak nak telan. Tapi kalau makan belacan, adeeeeh.


Ayam, susah nak jumpa budak budak zaman sekarang tak suka ayam. Jadi, fahamilah keadaan saya. Udang, bolehlah tahan. Tak gila sangat.

Sotong pon, cuma kalau makan nasi lemak Pak Yeob atau nasi lemak makcik lorong tepi tu, mesti nak sambal sotong. Uh sedapnya! Ais, ini pon sama, lidah dah dari kecik minum ais, macam mana lah bila dah tua ni baru nak pantang, minum air panas. Erk, menderita.


Saya kalau nak sihat sepenuhnya, memang kena pantang semua itu. Jelaslah kan, memang susah saya nak sihat sepenuhnya.

Selsema tu kalau tak makan benda-benda tu pon, pagi-pagi mesti kena, ni kalau makan, huuuuuuuh, air paip bocor.
(maaf, macam geli, ahaha :P) Kalau teruk sangat, kena semput pulak. Huh huh huh.


Dugaan kan? Saya tahu ada sebab saya alah kepada semua benda itu, mungkin suruh makan sayur, memandangkan saya tak suka sayur (eh tapi saya tengah belajar makan sayur, still tak sedap, tapi bolehlah telan).

Tapi dah nama pon manusia kan? Nak makan tu nak makan ni, semua nak telan :P Lagi lagi yang sedap dan tidak begitu bermanfaat.



Sekarang ni, saya target nak pantang dua dulu, AYAM DAN AIS. Saya target dua yang major ni, sebab kalau saya berjaya, yang lain insyaAllah boleh.

Well, sikit-sikit lama lama jadi bukit. Kalau nak pantang semua terus, kan kempunan, jadi apa tak tau. Bila jumpa, jadi orang kebulur, adeh seram betul.




ADA SESIAPA ADA METHOD UNTUK BERPANTANG?
*ini tidak sama macam pantang orang bersalin. sila ambil notis*


Itulah kisah hidup saya. Saya alah kepada banyak jenis makanan. Chill out.
Bradley Cooper kacak okay.

Saturday, June 5

FU.FU.

.assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

hai blog.

tahu tak perasaan bila kita rasa benda tu memang kita punya,
tapi semua orang lain rasa sebaliknya?

tahu tak perasaan bila kita sebenarnya tahu, tapi orang lain ingat kita tak tahu?
tahu tak perasaan bila kita sebenarnya kisah, tapi orang lain ingat kita tak kisah?
tahu tak perasaan bila kita yakin kita mampu, tapi tak ada orang yang yakin?

saya tahu. saya selalu.

ini bukan post beremosi, cuma post yang menunjukkan saya kebuntuan :P
jangan sedih, jangan risau, saya akan post betul-betul as soon as possible.

Saturday, May 1

Liverpool

Assalamualaikum w.b.t.

Oh a quick notice , don't stop can't stop is a cool one from them , loving it. I don't stop , coz' I can't stop , till I reach the TOP. Uuuyeah!

---------

I walk alone everyday, in the morning when I am walking to my bus stop and when I was walking home in the evening. Well actually , I walk with the elementary school students each morning and I always get that "where in the world is she heading to?" kind of expression in their faces.

Duh of course , I was walking directly to their school gate. It was irritating at first , but after awhile , whatever , it's not like I'm committing any crime. Besides they are just kids :P


So, when I was walking home under the sky that I can't described how hot it is , I always hoped for someone to accompany me. I'm all alone walking at such a quiet road.

Then , one day , there was this couple, an Indian couple doing stuff in the middle of the road , I took the other way,
the hotter way , well, I don't care , I don't want to walk in between them. I thought it is just another adventurous day of my life. But actually , thing gets better each day.

The next day , another couple sat there and played some music that I can't translate , loudly , dancing and singing together , it was a fun walk for me. And you know , it gets better and better each day , the next day two Chinese veterans were collecting the rubbish and so on. There's always interesting people in the middle of the road doing unusual things.

Well , as long it is not something wrong and they are good people , I don't care what they do and I'm thankful for them to be there. At least, my worries reduced a little bit. I always thought about holding my knife when I walk back home or a pair of scissors maybe. It's scary.



Huh. What a wonderful world :D
I would love to have an ex-taiko teman balik rumah :)

Sunday, April 25

WISDOM

Assalamualaikum w.b.t

It's been a while. Everyday, I'll drop by at my lovely blog. ( not actually everyday , study! :D ) Having such a small idea to write about. Hm, as you can see, it didn't happened. These lazy fingers felt so heavy to type. (fb laju pulak, sekarang dah slow actually :P)

You know, my life has been not that interesting as it used to be for this past two or three weeks , or maybe a few months , no matter at school, or at home.

I don't know but things just happens slowly, quietly, sleepy and lamely. I maybe laughing like crazy, but deep inside, something is just not there. Okay, enough with all the drama. I wanted to write about something else :)

*********

I know many kind of people in my life , and I had only been to one small high school. But , I am already tired with all the drama. I know I know, after this year , I will get to know a lot more kind of people. What a wonderful world.

For me , the ability to speak is a wonder.

I mean , not speaking like a normal person that talks everyday. Speaking with someone , telling something that the person would like to hear the most even though sometimes it's maybe not the truth, different kind of speaking for different kind of friends. Most people in this world usually like that a kind of friend that has such attitude. I'm not saying it's a wrong thing though.

It's just..

Some of the people I know, I kind of make our relationship crushed like a car crushed in a terrible accident , just because of me not having that kind of attitude. Every person in this world has different taste of life, friends and food, right? Even though it's kinda painful , I don't blame any of them, I can't. It's a nature of human being.









Hm, sorry. I don't know what else to write.
This post is still unfinished though. I just lost my words.
I'll edit it when the words come back.

"Terlajuk perahu boleh pusing balik , terlajak kata seluruh hidup akan berubah"

Saturday, April 3

Kenapa baju sekolah?

assalamualaikum w.b.t.

saya nak cerita kisah yang hampir basi. berlaku pada hari ahad yang lepas, hari kami ada bengkel bahasa melayu.
********
pagi itu, kalau nak breakfast macam dah agak lambat, tetapi saya fikir-fikir, nanti sampai awal tak buat apa-apa, pusing pusing sana sini. jadi ajak ibuabah pergi breakfast. ada satu warung dekat ngan rumah saya, roti canai dia sedap tapi kuah tak sedap, makan jelah. dah nak lambat da pon.

warung tu dikunjungi banyak lelaki-lelaki tua dari pangsapuri sekitarnya. lepas tu, ramai-ramai merokok pada pagi yang indah lagi suci, rasa nak sepak (guna kaki ye) .

selalunya saya tenung je orang yang merokok ni, guna tenungan tajam+sinis+benci+geli, diorang selalunya sedar tapi buat bodoh, biasalah dah memang jadi bodoh lepas hisap rokok kan. (sorry, bab perokok ni, memang tahap emosi saya TINGGI, kesah ape, diorang buat ramai orang mati tak kesah pulak, ceh, teremo balik ) :D

back to the story, saya tengah makan roti canai dengan nikmat, seorang pakcik datang, mungkin dia pelanggan tetap, dia order makanan dari meja makan je, tak perlu orang tu nak datang meja dia. meja dia sebelah meja saya.

masa dah nak habis makan, dia tengok ke arah saya yang berpakaian seragam sekolah -____- tanpa diduga, dia meninggikan suaranya seraya berkata;
PakCik : Hey. Ini kenapa pakai baju sekolah ni?
Saya : . . . . . . .
PakCik : Apa ni, tak malu ke?

Saya : . . . . . . .

PakCik : Mana ada orang pakai baju sekolah hari Ahad.

Saya : . . . . . . .

PakCik : Bebel, bebel dan bebel.

Saya dan abah : Tergelak dan senyum malas nak layan.

PakCik : Tahu tak, baju sekolah ni orang Jepun, blablabla.

Saya : Ha? Apa kaitan baju sekolah ngan orang Jepun? (dalam hati lah tapi)

Saya , ibu dan abah bangun untuk beredar.
Ibu saja cakap dengan nada yang kuat,
: Jom athirah! Pergi kelas!
tapi,
PakCik : (Terus membebel pasal baju sekolah)
Dalam kereta, abah tergelak, abah cakap, ibu nak juga layan pakcik tu. Ibu kata, biarlah. Orang tak kacau dia, dia kacau orang, dahla pagi-pagi. Abah cakap, tengok tak muka dia? Ibu kata, tahu, dia tak betul. HAHA.

Saya? Taktahu apa.
Yang penting, tak nak pergi warung tu untuk breakfast waktu hari Ahad before pergi bengkel. HAHAHA.






p/s: memang banyak jenis manusia kat dunia ni kan?
perokok paling menggelikan. EEUUUW!