Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

Sunday, December 9

kisah lawak saya


사랑해 !

oh sudah. apa kejadahnya ini?

*****

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :')
harap semua sihat dan masih mampu tersenyum hidup didalam limpahan rahmatNya amin :)

so,
ini kisah lawak saya a.k.a kisah inche J saya.



#
saya berjinak-jinak dengan dunia itu sejak umur 14 tahun. tingkatan 2 dari segi umur sistem persekolahan di Malaysia, tanah tumpahnya darahku. okay ada sedikit penipuan disitu, sebenarnya, bukanlah berjinak-jinak baru nak belajar berenang lagi, tapi dah tenggelam ke dasar rasanya jika diimbau kembali.

zaman tenggelam tak timbul-timbul itu, lagi-lagi bila musim cuti, bangun pagi, perkara itu perkara pertama yang dicari. balik sekolah, kadang-kadang tak sempat mandi, cari benda sama juga. menjelang malam, homework walaupun tak habis, teruskan dengan benda yang sama. tengah malam buta, stay up ha, tahu-tahulah, haruslah bukan buku yang ditatap, tapi masih lagi benda yang sama.

eh misteri sungguh. mystery mystery.

oh jawapannya mudah,
itu : Kpop pop pop pop
dihanyutkan hallyu wave jauh ke bumi khayalan mana entah, aduh. lawak. 

*****

(1) masa bersama keluarga, masa tidur, masa belajar, masa makan, masa main, masa apa lagi yang ada? semua masa lah, kalau boleh 24 jam, semua nak habiskan bertujuannya untuk itu. ini saya tulis benda serius, memang kalau boleh 24 jam, memang 24 jam. aduh. lawak.

siap boleh (2) titiskan air mata bila dengar suara seseorang yang pernah menjadi 'bias'ku kerna begitu terharu dengan pengorbanan mereka. siap boleh  (3) sengkang mata setiap malam, kadang sampai tak tidur, tonton segala jenis video yang wujud di YouTube demi mengenali 'bias'ku. siap boleh (4) berebut-rebut dengan kawan, bergaduh nak bukti akulah yang paling mengenali 'bias'ku. aduh aduh aduh. lawak. *bias = orang paling diminati dalam mana-mana group*

(5) gambar mereka yang diminati penuh dalam simpanan, dulu rasa cair tengok gambar mereka, rasa nak pengsan pun ada. aduh lawak. "comelnyaaaaa* *hensem gilaaa* *hot habis ni* ayat-ayat biasa dalam conversation dengan member-member Kpop yang share minat sama waktu tu. aduh lawak.

cuma satu benda.
alhamdulillah dari segi duit, ditakdirkan untuk menjadi sedikit kedekut dalam isu membeli barang mahal,.

(6) but still, ada yang sempat dibazirkan - satu album. yang telah dibeli tetapi tak pernah keluar dari plastik pun,  lawak lawak, nak tahu beli sebab apa ? saya beli sebab ada pernah seseorang tweet; "only true fans buy original album." saat itu rasa sangat tercabar, maka terus order online beli nak buktikan tahap kesetiaan dan aku adalah true fan itu! tambahan, lagu-lagu album itu saat itu dirasakan sungguh istimewa. aduh. lawak.




serius lawak kan semuanya ? and nak tahu mana part paling lawak ?

(7) part nak jadikan mereka bakal suami. nak dakwah mereka masuk Islam. then bolehlah kahwin and live happily ever after. aduh sakit. nak dakwah diorang dengan apa, diri sendiri apa yang ada dalam kepala pun pasal Kpop sahaja, macamana nak cerita pasal Islam sampai diorang boleh nak masuk Islam? aduh lawak. betapa *tidakbijak* waktu tu.

banyak lagi cerita lawak boleh saya kongsi, itu baru part Kpop, belum masuk Kdrama, ha, kang post ni jadi lagi panjang dari post Inche Gabbana, tetapi ini pun dah cukup teruk saya kongsi dengan dunia mengenai 7 chapter kisah lawak saya buat masa ini. baca pun rasa nak tergelak, lepas tu menangis sebab jahil sangat sangat sangat. Allahurabbi.



*****

bila keluar gambar mereka kat tv, excited, sebut nama setiap seorang tanpa gagal. bila keluar lagu kat shopping mall, rasa nak nyanyi sama kuat-kuat, menari ikut koreografi lagu tu, rasa nak bagitahu dunia, aku tahu pasal mereka ini.

bila ada orang tanya kisah sahabat, tercengang. bila keluar nasyid menceritakan sahabat yang sangat hebat, tak rasa pape. lame. straight face. saya taktahu apa-apa pasal mereka ini, memang patutlah tak rasa excited. Allah, lebih kenal artis korea dari hero Islam? astaghfirullah :'(

*****

bila dah Allah buka mata, Allah paparkan tindakan bilamana masih tidak faham tujuan hidup yang dua itu 2:30 & 51:56 memang seperti mereka yang tidak tahu hala tuju. tiada destinasi utama yang ingin dicapai. tahu nak bergembira, buang masa, buang benda tak berfaedah. akhirnya, jadi macam badut. buat semua benda yang nampak lawak. aduh.

sungguh, bukan mudah meninggalkan semua benda ni yang dah menjadi rutin selama lebih kurang 5 tahun. betul, tak mudah. lagi-lagi bila persekitaran tidak memudahkan hijrah ini. tapi, macam selalu orang pesan, syurga Allah itu sangat mahal, pasti jalan nak mencapainya pahit. baru adil. kan ?

time is not ours

*****

kenapa saya kongi eh?
hmm. sebab tiba-tiba saya rasa nak kongsi kisah hijrah saya.
ramai mungkin yang berkaitan dengan hamba Allah berlainan jantina dan sebagainya.
tapi ini kisah Inche J saya - Inche Jahiliyyah yang berkarat tebal itu.
oh dan ini bukanlah the one and only, ada banyaaaak lagi dalam list tu.

cuma saya rasa bila saya kongsi dengan dunia *over, mungkin ini jadi penguat untuk saya tidak lagi jatuh ke lubang yang sama. alternatif untuk terus istiqamah, in shaa Allah. moga usaha ini Allah lihat :)

dan juga of course, untuk sahabat di luar sana, yang masih lagi dalam situasi di atas, just take a moment to think, apa worth kita spend all the time, all the effort for something that give us no benefits at all. only a temporary happiness, that's if you do feel happy. sedangkan Allah dah sediakan terlalu banyak perkara yang boleh gembirakan kita di sini, dunia dan akhirat sana in shaa Allah :') ayuh rebut rebut rebut !



*****



사랑해 !
pasti ramai yang tahu kan? well maksudnya I love you :')

yes each and everyone of you, who always help me to be in this path, the right path to His Firdausi in shaa Allah amin. and for those who are strong enough to do the same thing as I did. just leave them behind, it won't kill you. falling in love with the Sahabas are way better, because they are superduper triple million times cooler than those Kpop guys, I can assure you that. 


Quoted from APG's blog : 
We do too little dakwah, 
too little tarbiyyah, 
and too much jahiliyyah, 
yet we expect to enter Jannah ? Pfffft !




may Allah bless :*






saranghae, 
Puteri Lilin





Monday, November 26

terlalu berharap mungkin



penat.
kenapa mereka terus begini?
terus leka.

latest movie, watched in the cinema
latest top-ranked songs, memorized
latest episode of favorite drama, downloaded

gaza issue? yes, a little bit information is there
syria issue? oh, heard about it once or twice
rohingya issue? what is that? a food?

sedikit dramatik di situ uhukuhuk, tetapi situasi ini tidak mustahil. mungkin orang sekeliling anda juga sebegini. mungkin sekeliling saya juga. mungkin di mana-mana sahaja. 

ini realiti kita. realiti masyarakat kita.

***

saya sendiri kan, pernah, saya salahkan sekeliling saya kerana bagi saya disebabkan sekeliling saya yang di mana bi'ahnya tidak solehah, saya jadi susah nak terus berjalan dengan gagah dalam jalan ini. maksudnyamacam inilah lebih kurang, 

"apesal diorang ni macam ni? 
boleh tak jadi baik sikit? susah sangat ke nak jadi baik? 
lepas tu suka suka nak attract orang jadi tak baik jugak. isy!
kalau aku jadi tak baik, semua ni salah diorang"  #EH

lebih kurang macam tu lah. tapi bukanlah sebegitu dramatik.

***

bila fikir balik, dulu masa jahiliyyah pekat sangat, mereka yang mengenalkan dakwah & tarbiyyah kepada aku, mereka tidak memandang aku sebegitu rupa. mereka tidak mengherdik tindakan-tindakan jahiliyyah aku. mereka tidak pendam rasa marah disebabkan kelalaian aku. tidak. 

mereka sendiri yang kenalkan aku dengan jalan yang lebih baik dari semua itu. in a most beautiful way. sebab mereka tahu aku tidak tahu dan juga, aku tidak faham. dengan kefahaman yang jitu, baru action can be taken, secara istiqamahnya.

here's a simple formula, how can we expect people who do not understand a particular concept, to actually live with that concept? pehe dok? contohnya gini, macam orang yang tak faham minum air ini sebenarnya untuk terus hidup, terus sihat, tiada maknanya tanpa sebab, setiap hari dia nak minum air 8 gelas kan?


***

memang, kadang, bila tengok kawan-kawan kita, lagi-lagi yang dekat dengan kita, tak betul-betul faham Islam itu sendiri, sedih, sakit, perit. dalaman seakan menjerit jerit meronta meronta.



contohnya ; bila tengok sahabat yang masih bertahan dalam dunia korea, takkan saya nak terus, "woi, berhenti korea-korea ni sekarang. haraaam!" eh tak ke terus bergaduh tak cakap 5 bulan *perempuan* 

saya pernah berada dalam lingkungan jahiliyyah sebegitu, dan seperti yang semua orang tahu, membuang karat jahiliyyah prosesnya bukan sekejap. lagi-lagi macam saya 5 tahun hidup dengan benda tu. dan takdelah kronik sangat nak compare dengan dunia luar aiceh, tapi ha, saya yang acute ni pun, susah nak buang karat. logically, kalau yang chronic semua tu, takkan nak macam tu je dia buang tabiat dia. haruslah tidak.

***

that's why harapan hanya diletak pada Dia, hanya Dia :')
bila kita letakkan harapan tinggi kepada yang selain daripada Dia, 
pasti akan kecewa.


that's why,
kita jangan terus cop, 
this girl, minggu depan dah berubah,
hok yang tu, lagi 10 tahun.

astaghfirullah, siapa kita nak nilai manusia lain? Allah, kita ni tiada siapa. sebab itu pun dah macam kita letakkan harapan pada manusia. salah tu salah. in the end kita sendiri kecewa, so instead of that, tugas kita-terus berharap dan berdoa pada Allah agar memberi hidayah ke si fulan bin si fulan :)


***

setiap dari mereka, harus kita pandang dengan pandangan ;

"hari ini, mereka ini adalah mad'u aku. 
dan mereka juga yang akan berjalan seiring dengan aku 
dalam dunia dakwah dan tarbiyyah ini suatu hari nanti insyaAllah"
optimis !


penat? ohoi. pasti penat. tapi,
syurga itu harganya memang begitu. mahal sekali.
so, nak syurga tak nak? 
#notetoself

do not blame the world because they don't know, 
blame yourself for not telling the world that is why they don't know



insyaAllah.
may Allah bless :*

Tuesday, December 1

It's christmas!

Assalamualaikum.
I'll be writing this post in Malay, easier to express my feelings :)

*******

Ada apa dengan tajuk post kali ini? Tiada apa. Hanya untuk melambangkan post ini sebenarnya berkaitan dengan cuti panjang kali ini. Sebelum tibanya cuti, semua orang tidak sabar hendak menyambutnya. Setelah tamat Biology Paper 3 pada hari terakhir peperiksaan, senyuman terukir di bibir murid SMIAAG. Cuti!

Seperti biasa, memang seronok bercuti kerna dapat berjalan-jalan bersama keluarga, kawan-kawan asrama balik, tonton drama korea sehingga tidak tidur, main game sehingga mata sakit (saya tidak la!) dan juga melekat depan laptop dan melayari internet 24-7. Tetapi cuti kali ini berbeza kerna saya berumur 16 tahun, ini bermakna tahun hadapan, SPM!

Oleh yang demikian, perasaan cuti kali ini berbeza sedikit. Tambahan pula, cuti kali juga bercampur dengan tugasan di minggu-minggu akhir sebelum Wafdul Amin menjelma dan sedikit tugasan SEMAIAN 2009 untuk saya yang sepatutnya banyak tetapi disebabkan kelemahan dan kemalasan saya, sedikit sahaja yang diamanahkan. Minta maaf pihak SEMAIAN yang lain. Saya bukan nya tidak mahu buat, jujur!

Tambahan lagi(?), kami sekeluarga akan berpindah rumah ke lokasi yang tidak pasti lagi. Kenapa pindah? Biarlah rahsia. Kerja mengemas rumah sini sana bertambah. Oh ya, selain itu, nota-nota perlu dibuat sebelum tiba 2010 dan sedikit persediaan pembelajaran juga perlu dijalankan agar pelajaran pada 2010 berjalan dengan lancar dan mudah, alhamdulillah walaupun melekat depan laptop kerana Jang Geun Suk, tetapi berjalanlah juga kerja-kerja membuat nota dan pembelajaran awal :D

Namun begitu, walau banyak mana saya belajar atau buat perkara-perkara yang mendatangkan faedah, saya sentiasa rasa masa cuti saya terbuang begitu saja. Mungkin kerana Facebook yang sungguh menagihkan atau mungkin kerana You're Beautiful yang sungguh seronok ditonton(?) Masa berlalu dengan pantas seperti air sungai mengalir deras.

Tetapi, saya tidak boleh salahkan faktor-faktor luaran sebegitu, bukan? Yang penting adalah diri SAYA sendiri. Kalau mahu berjaya, tidak kira untuk Wafdul Amin atau SPM atau kehidupan itu sendiri, segalanya bermula dari kita sendiri, kan? I"t's never too late to make things right", oleh itu, saya akan cuba melawan kehendak melayari internet, ber-Facebook dan bermain PS2 bersama adik saya. Dan bersedia untuk WAFA dan SPM :)

Wafdul Amin minggu hadapan, tidak percaya betapa pantas masa berlalu.
Cuti sekolah juga hanya tinggal sebulan. Banyak perkara yang hendak dilakukan.
Dan bagi pihak semaian, saya betul-betul memohon maaf. Sekian terima kasih.

Thursday, November 19

My new personal heroine

peace be upon you


A.N.JELL

the new JANG GEUN SUK <3

*I can just post this pictures, if I write about this, it'll be hundreds of pages. Heeee ;) Sorry, but this is how I react with my new personal heroine. Geun Suk's new style, speechless. And A.N.JELL is the best! I really hope they still make songs together after YAB are finished :)

Monday, September 7

Teh tarik satu!

peace be upon you.

My head is a little bit blank right now. I have no idea to post about what. But then, I remembered. Last two week, there's a story about my eldest brother, BALEP. Enjoy!

SO. The day this big incident happened. It was the second day of Ramadan, I guess. I was chatting with Ibu, I was in my room and Ibu was in the master bedroom. HAHA. Balep went for an interview, for a job. Ibu told me she had a funny story to tell me. So here it goes.

Balep arrived quite early for the interview. So he waited downstairs which happened to be a restaurant. He just sat there at first. Then, he ordered a teh tarik. The waiter was like "Puase ke tak ni?" But he did his job, he prepared the drink. Then my sis-in-law, kakSue called Balep to asked about the interview. Balep told kakSue, he's having a drink at the restaurant. I don't know how kakSue revived him from his dream, but Balep surely didn't have the chance to drink the teh tarik. Alhamdulillah, kakSue called him. IDK how he handled the waiter though ;D

That evening, Amru and I were playing badminton. (puasa-puasa main, hebat kan? XD) Nasyriq and Aina, my nephew and niece were playing at the porch too. They were eating the potato chips. Balep was the one who's holding the pack. Balep, kakSue and Ibu was chatting at the dining table. It was a few minutes before Maghrib. Balep ate the potato chips, one by one. Ibu and kakSue, didn't realize it either. Then finally, baru semua orang sedar. HAHA. KECOH HABIS.

I guess Balep was thinking about something BIG that day, like the world issues, global warming perhaps or maybe H1N1 thingies, muahaha. He acted weird from the morning until midnight. Well, nothing more to tell. I'll write more when the my head is fine.

p/s: F(x) seems cool. I'm think I'm going to like them. And, jdorama, SMILE, MAIN : Matsujun and Oguri Shun. Wahaha, definitely going to watch it. And Tokyo Dogs, MAIN : Oguri Shun and Mizushima Hiro, I'll watch that too :)
Lee Minho's new drama pon tak tengok lagi :((